Thursday, September 13, 2012

Freshie Disorder

Dear all,

Alhamdulillah, selamat mendaftar sebagai pelajar siswazah psikologi kaunseling di UKM sabtu lepas. Kali ini saya mungkin mengambil keputusan yang agak terburu-buru melanjutkan pelajaran. Saya juga cuba menghadirkan rasa 100% untuk kembali belajar. 

Ada beberapa perkara yang saya takutkan semasa berfikir menlanjutkan pelajaran. Pertama, semestinya status kewangan saya. Kedua, fokus yang perlu dibahagikan dan ketiga, tak sampai seminggu mula kelas, saya sudah pun demam.

Saya mula sedar bahawa kelemahan saya adalah dalam membahagi fokus. Teringat semasa tahun 2 pengajian ijazah dulu, 4 kali saya demam dalam satu semester. Sama juga kali ini, saya demam lebih 4 kali dalam masa setahun. Saya kurang selesa dengan cuaca di KL. Sekejap panas dan sejuknya juga menusuk sampai tulang(air-con). Saya bekerja sambil belajar. Sambil itu juga saya berjinak-jinak dengan bisnes online. Kurang pasti di mana silapnya, saya rasa sesak dengan semua tersebut. Dalam masa yang sama cuba jadi kuat.

Namun fokus yang saya perlu risaukan adalah kerja dan belajar. Ini musuh terbesar saya kerana saya tidak dapat berfikir agak panjang semasa sedang belajar. Niat di hati mahu mempunyai perniagaan sendiri selepas belajar. Namun fokus ini sungguh sukar untuk dibahagikan. 


Sekarang sedang belajar mencari penyelesaiannya. Fokus ini terlalu penting untuk diketepikan.

Sunday, August 12, 2012

Terima Kasih Ramadan, Terima Kasih Al-Quran, Alhamdulillah Ya Allah.

Ramadan saya tak semeriah sewaktu belajar dulu. Dulu, meriah dengan aktiviti kuliah, masjid dan terawih di kolej. Bezanya selepas bekerja terawih di rumah dan lebih banyak masa menelaah Al-quran. Sekarang sedang mengidam untuk mempunyai tafsir ibn katsir sendiri. InsyaAllah akan diusahakan sedikit masa lagi.

Alhamdulillah hati sangat teruja membaca tafsir saat tak dapat meneruskan puasa ramadan. Saya memohon supaya dikuatkan hati mendidik hati dan diri. Saya selesa dengan tak makan banyak. Dah malas nak fikir pasal berat badan. Ada misi yang lebih penting dari tu.

InsyaAllah akan cuba mencari sumber supaya dapat maju setapak lagi. Setapak lebih dekat dengan tuhan. Saya mula belajar menjadi lebih asertif dan problem solving oriented daripada simpan sendiri dan menyalahkan keadaan.

Mahu mencuba memberi solusi nyata menggunakan ilmu yang ada. Ada satu perjuangan yang saya perlu teruskan. Satu perjuangan menentang, satu lagi perjuangan membina asas dan mengukuh sistem. Saya cuba jadi kuat dengan kehendakNya.

Kekuatan ini datang dariNya, dan kita juga akan kembali kepadaNya.

Sudah tanya pada diri, apa yang sudah kita lakukan pada orang lain dan komuniti?

Thursday, August 2, 2012

Kekal Muda dengan Pelembab Muka

Dear friends,

Siapa suka body shop angkat tangan!!..

Produk Vitamin E body shop sangat34x bagus untuk kulit yang kering dan kusam. sebelum ni saya pernah cuba serum dan day moisturizer memang rasa kulit tak kering lagi. But then saya dah tak pakai serum kononnya nak jimat. Maka teruklah muka kering dan kusam. Serum vit E body shop memang tak boleh berpisah dengan moisturizer. So jangan skip pakai mana-mana.

Untuk kulit berjerawat elok juga pakai set acne Body shop yang warna hijau tu. Memang lambat la kesannya dalam 2-3 bulan tapi agak berkesan. Bila dah pulih kulit tu boleh lah pakai produk Vit E body shop.

Untuk kulit kombinasi macam saya, kena ambil product for sensitive skin. then baru boleh pakai vit E ni...Staf body shop mostly baik2 n very helpful. Saya kalau masuk body shop even tak beli, tanya la banyak2 pasal kulit muka, kulit kaki, nak cantik itu ini..mereka layan je. Tapi lepas tu balik kumpul duit untuk beli produk body shop bulan depan!hehe

Hingga 2 september 2012, Body shop ada promotion 30% discount for 7 item yang kita beli..saya dah kira2 dah memang jimat sangat!!!


Jom cantik dengan Body Shop.
Setakat ni saya percaya produk ni je n T3. :)

Tuesday, July 31, 2012

My New Project

Dear friends,

Untuk makluman, saya baru sahaja melancarkan satu projek perniagaan yang dinamakan Projek Senang Masak.hehe...
Projek kecil-kecilan ini adalah dibawah syarikat saya yang baru didaftarkan bulan lepas. Selepas ini mungkin saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat master pada bulan 9. Projek ini adalah perintis duit poket sikit-sikit mungkin. Saya mengambil semua risiko perniagaan bat sementara ini. Alhamdulillah dengan rezeki limpahan Allah ini.

Saya juga tidak memaksa kawan-kawan saya untuk membeli atau like page PSM di FB. kerana saya percaya kepada 'free will'. cewahh.


Kepada rakan yang menyokong saya ucapkan ribuan terima kasih. Kepada kawan-kawan yang tak kisah saya berlapang dada.

Sungguh letih juga mempunyai beberapa komitmen pada satu masa. Tapi InsyaAllah saya kuat.

:)



Sunday, July 8, 2012

Baju Kurung Vs Jubah dan Tudung labuh

Hampir setiap tahun, saya lebih selesa membeli baju siap sebagai baju raya berbanding menempah baju. Bukannya apa, nak beli kain pasang dan kos tempah baju pun boleh tahan kosnya. Beli adalah jalan terbaik untuk orang tak kisah macam saya.

Tajuk diatas mungkin tak menggambarkan 100% coretan saya. Saya selalu keliru untuk memakai baju kurung dan jubah. Dua-dua sama cantik, dan bagi saya sama-sama menutup aurat. Tapi perasan tak sesuatu?, atau mungkin saya seorang je jahil dan sedar akan perkara ini. Satu ketika dulu sebelum jubah menjadi trend pada masa sekarang, golongan yang memakai jubah dianggap lebih 'alim' daripada golongan yang berbaju kurung.

Saya terlintas isu ini ketika merenung tajuk penulisan Dr Maza yang bertajuk "Perjuangan Islam bukan paksaan berjubah Arab" Isunya bukan baju. Cuma saya terfikir ada atau tidak dalam kalangan kita yang berpandangan untuk memperjuangkan islam kena pakai baju mcm orang arab?

Eh, tak ada rasanya. saya pun rasa ia mengarut.

Baju kurung tetap budaya melayu kita. Dicipta untuk menutup aurat. Jubah asalnya dari tanah arab. Cuma kita mengalami kemasukkan pengaruh fesyen dari pelusuk dunia. Tapi sama-sama tutup aurat. So, bukan isu.

Saya sedang berjinak-jinak untuk menjadi muslim yang lebih baik. Muslim atas pilihan saya sendiri. Saya akui usaha menundukkan nafsu bukan mudah dan saya inginkan sokongan rakan-rakan terdekat. Saya jarang memakai jubah. Saya tidak bertudung labuh. Saya tidak popular, mempunyai kepentingan dan hakikatnya saya bukan sesiapa pun. Saya sedang belajar tentang hidup agama dan bertuhan. Di luar sana kadang-kadang saya lemah dengan arus liberalisasi. Saya bukan sejak baligh bertudung labuh, sempurna menutup aurat dan menjaga pergaulan. Saya baru sahaja betul-betul kenal hidup beragama dan bertuhan sejak masuk universiti. Itu pun masih terhuyung hayang. Saya belajar sejarah, ekonomi dan politik antarabangsa serta falsafah(tak ada la pandai sangat). Saya ada banyak soalan untuk ditanya kepada golongan agama. Tapi saya takut dituduh derhaka pada tuhan dengan soalan-soalan tauhid dan akidah. Akhirnya saya belajar dan merenung sendiri.

Namun dada saya kadangkala sesak dengan bermacam fikiran dan persoalan. Saya tabik golongan agama yang mampu menghurai agama bukan hanya dari sudut halal dan haram. Namun juga aplikasi realiti dalam segenap proses hidup kita. Sedikit sebanyak saya tak rasa terasing dalam dunia islam. 

Saya pernah tertanya-tanya, adakah ada sesetangah orang-orang beragama yang alim lagi baik ini mahu berkawan dengan ikhlas dengan orang yang baru nak belajar hidup bertuhan tanpa mengira siapa individu tersebut?. 

Sebab saya pernah bermimpi, sekujur jasad yang telah mati dan dikelilingi orang-orang soleh yang tak pernah hiraukan beliau. Bila dah mati bermacam-macam kebaikan dan doa dititip. Saya melihat roh tersebut menangis. Entah. saya cuma istighfar.

Saya percaya ramai orang nak jadi orang baik. Tapi mereka rasa mereka bersendirian.

Tapi tuhan kata kita tak pernah bersendirian.

Kita berkeluh kesah mungkin sebab dosa kita sendiri.



Monday, June 25, 2012

Peringatan Allah di mana-mana

Lately, I've been thinking too much about what my life would be. Ya. Minggu lepas, seminggu demam yang agak teruk tapi alhamdulillah tak berlarutan batuk untuk minggu ni. Kita ni kadang-kadang selalu nampak hidup orang lain lebih indah dari hidup kita. Sedangkan mungkin juga hidup kita hakikatnya lebih baik.

Satu hari, saya balik kerja naik teksi sebab ada kerja-kerja membaiki tebing di pintu belakang yang menghubungkan rumah dan tempat kerja. Sambil menunggu giliran teksi, seperti rasa tak sedar diri, saya agak termenung dan mengelamun. Berfikir sebenarnya. Dihadapan saya ada 2 orang wanita. Seorang memakai tongkat untuk berjalan dan seorang lagi membantunya. Dan seorang lelaki cina yang berdiri agak jauh dan bukan untuk menaiki teksi rasanya. Semasa teksi sampai untuk menjemput kedua wanita tersebut, pembantunya menhadapi kesukaran untuk memegang wanita satu lagi sebab mahu memasukkan tongkat dalam teksi. Kejadian tersebut berlaku di depan mata saya dan yang membantu mereka adalah lelaki cina yang duduk jauh dari kedua wanita tersebut. Apabila saya sedar dari lamunan, saya rasa sangat terkilan dengan diri sendiri. Apalah yang saya kejar sehingga kesusahan depan mata saya tak dapat bantu.

Tuhan mahu menyedarkan saya mungkin. Saya sibuk memikirkan diri sendiri sehingga saya lupa untuk membantu insan susah di depan mata!. 

Saya balik dengan ibrah baru. Ibrah dari kisah tersebut. Namun masih dengan hati yang belum tenang dengan semuanya. 

Saya hampir kehilangan 'hati' pada hari tersebut!.

Tuesday, May 1, 2012

Kisah Marah dengan Utusan Malaysia.

Amat jarang sekali saya menulis tentang isu politik. Tapi pagi ini saya diruntun perasaan marah yang kembali meluap apabila melihat helaian surat khabar Utusan Malaysia yang diperolehi secara percuma di pejabat bertarikh 2 Mei 2012, Rabu. Ia memaparkan aksi kabur seks yang konon dikatakan seorang ahli pembangkang. 

Kenapa marah ni?

Saya membesar dengan sumber maklumat Utusan Malaysia, Berita Harian dan Buletin Utama TV 3 dari kecil sehingga saya Tingkatan 6. Semasa tingkatan 6, subjek Pengajian Am adalah subjek wajib lulus dan agak sukar kerana memerlukan pembacaan yang meluas daripada media. Saya membeli dan membaca Utusan Malaysia, Berita Harian, Majalah Dewan Masyarakat, Dewan kosmik, Majalah i(satu-satunya majalah islamik kegemaran sejak F4) dan membaca Dewan ekonomi di perpustakaan sekolah(sebab tak cukup duit nak beli semua setiap bulan). Saya juga mempunyai koleksi artikel penting daripada akhbar utusan yang saya buatkan scrap book sebab rumah saya tiada komputer dan akses internet yang agak terhad di tempat saya tinggal. 

Oleh sebab saya disuap secara tulus oleh akhbar tersebut, dulu saya fikir pemerkasaan orang melayu dan bahasa melayu sebagai satu agenda penting dan lupa bahawa yang menguatkan roh melayu itu adalah islam.. Namun saya juga tidak berhenti berfikir bagaimana untuk menambah baik sistem sosial dan pemikiran yang diasak dengan polemik politik lucah, tuduhan zina, taksub parti dan bangsa, tuduhan rasuah, dan pelbagai lagi. Saya mula membina pendirian sebagai pemerhati sistem sosial, politik dan ekonomi Malaysia dan dunia bila mula belajar di universiti dan bukan pihak yang memihak(kini sudah memihak tapi tidak terlalu taksub sehingga menutup ruang kritikan dan penambahbaikan).

Saya percaya dua perkara yang berkuasa dalam dunia ini iaitu ekonomi dan politik namun saya mengambil psikologi dengan harapan saya dapat mengharmonikan cara fikir melihat pelbagai isu ekonomi, sosial dan politik. Bukan semua isu saya telan bulat-bulat sebagai betul mahupun salah. Saya juga memerhati gerakan-gerakan memakmurkan demokrasi di laman maya. Saya ada pendirian, namun saya tidak menutup dan memutlakkan pendirian saya kepada satu sumber maklumat. Sejak jadi pemerhati dan meneliti maklumat dari pelbagai sumber, saya sedar bahawa membetulkan cara fikir itu lebih penting. Mencari kebenaran tanpa mempunyai cara fikir yang baik membuatkan kita taksub dan menutup pintu hati untuk memberi pertimbangan yang wajar.

Bukan semua isu yang dimainkan pembangkang saya bersetuju dan bukan semua isu yang dimainkan kerajaan saya tidak bersetuju. Ya saya punya pendirian dan punya cadangan. Sebagai anak muda yang sedar bahawa proses pembangunan negara demokrasi ini diperoleh dari cukai yang dikutip tanpa kita sedar, saya amat berhati-hati dan terkesan tentang bagaimana ia dibelanjakan. Saya juga berpendirian bahawa demokrasi yang sebenar adalah apabila rakyat turut serta dalam proses membuat keputusan.

Saya memerhati berita-berita media dari kecil. Dari tak tahu menahu tentang liwat dan kini tahu apa itu liwat. Disajikan politik lucah seolah-olah lebih keji dari rasuah dan salah guna kuasa(sama-sama dosa). Dan hari ini saya menyaksikan utusan belum habis-habis lagi mempolitikkan kelucahan sebagai senjata yang lebih keji berbanding rasuah dan salah guna kuasa. tolong hentikan kelucahan media anda. Dari kecil saya melihatnya dan saya tak mahu anak-anak kecil saya melihatnya.

Saya berdoa supaya hati dan minda terus terbuka dan sedar dengan masalah nilai dan cara fikir masa kini. Terus dalam istikamah bahawa perjuangan untuk kehidupan yang lebih baik itu sebenarnya berterusan.

Buat yang dikasihi, saya selalu menitipkan ucapan 'salam kedewasaan' pada hari jadi semata-mata menjadi pengingat bahawa hidup anda akan menjadi lebih mencabar. Saya pernah terlena dengan tilam empuk dan wang yang mencukupi dan perut yang kenyang. Jika itu keamanan yang kita impikan. Anda mungkin hanya binatang ternak yang cuma tahu cari makan, makan, tidur, belajar untuk dapat kerja tanpa ada sumbangan yang lebih besar kearah perubahan sistem yang lebih baik. Usah takut memperjuang masa depan yang lebih baik. Jika hari ini anda seksa dengan gas pemedih mata, harap hari esok anak-anak kita mewarisi usaha-usaha kita sekarang dan make this malaysia a better place to live. Kalau anda rasa malaysia sudah cukup aman dan bahagia. Maksudnya anda masih sedang tidur.


"Kalau amanlah tujuan hidup, Nabi takkan terlibat dalam 23 misi peperangan dalam hidup baginda s.a.w kan? Para Sahabat diuji dengan kelaparan, kesusahan, keputusan bekalan, kematian.. aman?"

Belum terlambat untuk mengubah cara fikir kita. Ambillah masa untuk jadi pemerhati bebas dan belajar menerima maklumat dari pelbagai arah. Belajar cara menghadam maklumat, bukan mengkritik tanpa menghadirkan usaha untuk memperbetul masalah sedia ada. Saya juga masih lagi pelajar di universiti kehidupan ini selagi hayat dikandung badan.

Tuesday, April 17, 2012

Once upon a time.

Fine.
Saya rindu UKM dan rindu zaman belajar dulu. Memori paling kekal diingatan sekarang ini adalah ketika tahun 3 pengajian. Proses takde life siapkan thesis. Lepas habis kelas pukul 10 saya akan duduk sorang-sorang menghadap laptop dan secawan air teh di Kiosk Nescafe,Pusanika. Cukup nyaman dan nak bertukar selera dari persekitaran library yang agak nerdy. I love the tea. Teh biasa je pun tapi itu perkara paling sedap dalam menghadapi perihal thesis yang agak sulit. 

Btw, oleh sebab baru berpindah, saya nak let go buku-buku bacaan dengan harga yang sangat murah. Bukan semua, tapi ada la banyak jugak. Maybe akan kurangkan beli buku lepas ni dan akan mula balik baca buku macam dulu bila dah ada resource yang cukup. May be. I'm unpredictable kadang-kadang. So sesiapa yang berminat boleh hubungi saya to get my precious memorable, silence best friend book ever!. I f not may be akan bagi pada PTSL UKM insyaAllah. Or may be I can give them to charity kan?. 


Monday, April 16, 2012

The unsaid

Even your shadow leaves you in the darkness. kan?. :)

Wednesday, April 11, 2012

Daddy Tough Girl 2: Fake.

I am 24 years old this year and if someone ask what I have achieve, I will said nothing or not yet. Then I will smile. A fake happy smile. 

Tipu.

Yep. Tipu je. Memang la I achieve nothing. Yang tu tak tipu. Tapi sedang merangkak selepas jadi baby semula bulan 9 tahun lepas. Selepas merenung kemungkinan masa depan dalam 1 tahun akan datang, nampaknya I am right. I hate this life and I hate myself too. I thought, this life would be easy if I work really hard. Again I'm wrong. I have few things to achieve within this 2 years, 4 years and  5 years from now. I'm 24 and it's quite late. I hate myself because I can't do nothing. I hate my job, I hate every morning and night. I hate every path that I took and still I can't do nothing. again I hate my life and I hate myself.

Daddy Tough Girl.

Thursday, April 5, 2012

No Offense 1: Satu pandangan kosong terhadap kemahiran sosial oleh psikiatri komuniti.

Saya baru sahaja mengutip sedikit 'pengalaman kontrak' di  Jabatan Psikiatri di salah sebuah Hospital di Kuala Lumpur. Bukan sebagai tenaga profesional yang menguruskan pesakit, namun lebih kepada pemerhati segar tentang dunia rawatan dan intervensi pesakit psikiatri. 

Saya tidak nampak bagaimana pesakit psikiatri di wad di rawat. Namun saya memerhati pesakit psikiatri kanak-kanak, remaja dan pesakit psikiatri yang tidak merbahaya dan sedang menjalankan terapi di Unit Psikiatri Komuniti. Unit Psikiatri komuniti banyak membantu pesakit psikiatri yang tidak merbahaya untuk berhadapan dengan masyarakat. Program yang dijalankan saya lihat lebih berbentuk kemahiran sosial bagi menangani masalah pesakit yang bermasalah untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang awam. Saya percaya ada dari kalangan mereka yang mengalami masalah obesiti dan malu dengan persepsi masyarakat, kemurungan dan tertekan, atau umumnya bermasalah untuk menghadapi cabaran 'big bad outside world'. 

Rata-rata wajah dan mata terlihat sedikit kemurungan. Ada yang tak banyak bercakap. Ada yang peramah dan senang untuk didekati. Saya sedar ada beberapa program yang dirangka untuk pesakit tersebut seperti pembukaan kafe, dobi dan jualan makanan dari wad ke wad setiap hari jumaat. Semua ini saya percaya untuk membantu pesakit meningkatkan penghargaan kendiri melalui interaksi positif dan hubungan yang baik. Saya faham tujuan terapi tersebut.

Kekurangan yang saya lihat disini adalah sejauh mana proses menjalankan terapi tersebut berkesan? Kebanyakan pesakit psikiatri lebih suka mengelakkan interaksi dengan orang ramai. Terapi kemahiran sosial ini saya percaya adalah  untuk menjadikan mereka mengoptimum kefungsian sebagai manusia normal. Pemerhatian saya terhadap jualan yang mereka lakukan, pegawai/pembantu akan bersama-sama dengan pesakit untuk membantu jualan. Tapi pesakit lebih banyak menolak troli daripada berinteraksi semasa jualan. Ada yang masih memencilkan diri di hujung dan enggan berinteraksi melakukan jualan. Ada beberapa pesakit yang sudah mula ramah melakukan jualan. Saya fikir mungkin ada pesakit yang sukar membiasakan diri dengan orang awam. Mungkin mereka takut terkena sarcasm atau diperli atau mana-mana interaksi negatif dari manusia yang dikatakan normal tersebut. 

Mereka yang belum boleh berinteraksi dengan ramai orang saya percaya sudahpun mendapatkan latihan berinteraksi dalam kumpulan kecil. Menjalankan terapi memang sukar bagi mereka yang terlalu takut untuk berubah. Saya tertanya-tanya apakah strategi inside out yang mereka jalankan bagi menyediakan benteng dalam diri yang menjadi rujukan atau bounce back tiap kali cabaran berlaku. Jika pendekatan lebih berbentuk praktikal tidak berjaya merawat mereka, rasa-rasa mana silapnya jika mereka menghadapi withdrawal?

Pengalaman saya lebih kecil dari simpati yang saya alami. Saya tahu bukan mudah untuk merawat pesakit psikiatri dewasa. Saya berbalik-balik sakit hati dengan sistem sosial yang menyebabkan mereka jadi seperti tersebut. Bidang psikologi rupa-rupanya mengiktiraf intervensi atau kawalan awal sebelum menjadi pesakit psikiatri. Namun sehingga kini ubat sakit jiwa masih banyak diberikan berbanding kawalan untuk menjadikan negara kita mempunyai sistem sosial yang lebih baik. Saya sudah menghabiskan wang yang terlalu banyak di universiti dan kini saya merasakan saya tidak cukup kuat untuk melawan arus pemikiran yang konon-konon gagah sehingga menyesakkan dada orang lain yang sedia tersepit. Ampun untuk pesakit psikiatri akan datang mempunyai graduan psikologi yang berjawatan pegawai dan hanya menunggu gaji RM2800 sebulan namun tidak kuat untk membetulkan sistem.

Saya boleh janjikan sesuatu disini.  maybe I cannot be the whole story, but I will contribute a meaningful part someday.

But the fact, whole is better than the sum of its part.

Useless me,
Psychology Graduate without permanent job.
2008/2011

Saya dah lama tak dapat masak.

Fakta!
Saya memang dah lama tak dapat masak.
Sejak pindah rumah masuk bulan kedua memang xpernah masak hatta masak nasi sekalipun!
Sedih dan looser kan?
Mengidam nak masak dan makan macam-macam. Tapi barang-barang dapur semua masih di bangi. InsyaAllah akan ambil hujung bulan ini. Tak tahulah dapat atau tak masak macam dulu...
Tapi hujung minggu memang sempat sebab memang free. For me, I love cooking sebab macam terapi. Duduk sorang-sorang dalam dapur. Talking less and do more. Dalam masa tak sampai 3 tahun mencanai bahan mentah, sekejap je dah jadi kari ayam atau kek coklat. Bezanya saya perlukan masa 3 tahun untuk masak kek coklat yang lebih sedap dari 3 tahun yang dulu. I love to taste the food. Kadang-kadang lidah kita sukakan balance antara masin dan manis. Kadang-kadang suka masam dan masin sikit. Life is so interesting with the different taste all the time. Saya belajar untuk meletakkan kegembiraan dalam setiap masakan walaupun sedang bersedih. Perjalanan ini mungkin panjang lagi sebab saya belum pernah cuba masak pizza, nasi kerabu dan devil chocolate cake. I love to have my perfect kitchen one day. And be alone there. :)

Btw, I love food photograhpy very much!...jom lawat blog sister ni..food photography memang sangat cantik. :)


Sunday, March 25, 2012

Journey that never stop. But I'm quite tired already.

Penat kerja? Penat study? kesian...
Dah ada degree memang kena kerja. Cari duit nak bayar hutang dan buat hutang baru. Time ni lah macam-macam keperluan timbul, rumah, kereta, sambung belajar. 
Few of my friend yang tahu what i'm doing right now. Some others not. Lagi pun this new life unexpected. Still, quite far from career. But life must go on right. So cuba je apa yang ada depan mata. Sambil cari pengalaman dan tambah pengetahuan. Kelmarin masa baca tafsir, surah Hud, terkesan sangat bila sampai ayat:

Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.(11:9-11)

Cuba baca betul-betul, Allah memang faham dengan makhluk ciptaannya. Bila nikmat Allah tarik, kita rasa putus asa dan tak bersyukur. Bila kita senang selepas menghadapi kepayahan dan derita kita mula bermegah cerita betapa kesusahan telah lenyap. Dan Allah ingatkan kita bahawa orang yang sabar mengerjakan kebajikan akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. Demi sesungguhnya istikamah sabar dan terus mengerjakan kebajikan itu bukan semua dari kita dapat lakukan.

Tadabbur dalam menjalani hidup buatkan kita selalu diingatkan berada pada jalanNya.

Jangan sedih-sedih lagi ok. Allah ada. 
You just have to believe.


Wednesday, March 21, 2012

Kalau Orang Tanya Saya 3: Macam mana nak cope rasa marah?

Sometimes, when you're mad, you have the right to be mad, but you don't have the right to be cruel. Not all scars shows. Not all wounds heal.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...