Hampir setiap tahun, saya lebih selesa membeli baju siap sebagai baju raya berbanding menempah baju. Bukannya apa, nak beli kain pasang dan kos tempah baju pun boleh tahan kosnya. Beli adalah jalan terbaik untuk orang tak kisah macam saya.
Tajuk diatas mungkin tak menggambarkan 100% coretan saya. Saya selalu keliru untuk memakai baju kurung dan jubah. Dua-dua sama cantik, dan bagi saya sama-sama menutup aurat. Tapi perasan tak sesuatu?, atau mungkin saya seorang je jahil dan sedar akan perkara ini. Satu ketika dulu sebelum jubah menjadi trend pada masa sekarang, golongan yang memakai jubah dianggap lebih 'alim' daripada golongan yang berbaju kurung.
Saya terlintas isu ini ketika merenung tajuk penulisan Dr Maza yang bertajuk "Perjuangan Islam bukan paksaan berjubah Arab" Isunya bukan baju. Cuma saya terfikir ada atau tidak dalam kalangan kita yang berpandangan untuk memperjuangkan islam kena pakai baju mcm orang arab?
Eh, tak ada rasanya. saya pun rasa ia mengarut.
Baju kurung tetap budaya melayu kita. Dicipta untuk menutup aurat. Jubah asalnya dari tanah arab. Cuma kita mengalami kemasukkan pengaruh fesyen dari pelusuk dunia. Tapi sama-sama tutup aurat. So, bukan isu.
Saya sedang berjinak-jinak untuk menjadi muslim yang lebih baik. Muslim atas pilihan saya sendiri. Saya akui usaha menundukkan nafsu bukan mudah dan saya inginkan sokongan rakan-rakan terdekat. Saya jarang memakai jubah. Saya tidak bertudung labuh. Saya tidak popular, mempunyai kepentingan dan hakikatnya saya bukan sesiapa pun. Saya sedang belajar tentang hidup agama dan bertuhan. Di luar sana kadang-kadang saya lemah dengan arus liberalisasi. Saya bukan sejak baligh bertudung labuh, sempurna menutup aurat dan menjaga pergaulan. Saya baru sahaja betul-betul kenal hidup beragama dan bertuhan sejak masuk universiti. Itu pun masih terhuyung hayang. Saya belajar sejarah, ekonomi dan politik antarabangsa serta falsafah(tak ada la pandai sangat). Saya ada banyak soalan untuk ditanya kepada golongan agama. Tapi saya takut dituduh derhaka pada tuhan dengan soalan-soalan tauhid dan akidah. Akhirnya saya belajar dan merenung sendiri.
Namun dada saya kadangkala sesak dengan bermacam fikiran dan persoalan. Saya tabik golongan agama yang mampu menghurai agama bukan hanya dari sudut halal dan haram. Namun juga aplikasi realiti dalam segenap proses hidup kita. Sedikit sebanyak saya tak rasa terasing dalam dunia islam.
Saya pernah tertanya-tanya, adakah ada sesetangah orang-orang beragama yang alim lagi baik ini mahu berkawan dengan ikhlas dengan orang yang baru nak belajar hidup bertuhan tanpa mengira siapa individu tersebut?.
Saya percaya ramai orang nak jadi orang baik. Tapi mereka rasa mereka bersendirian.
Tapi tuhan kata kita tak pernah bersendirian.
Kita berkeluh kesah mungkin sebab dosa kita sendiri.
saya juga mcm awak..kkdg kala nk tnya lebih2 takut org ckp jahilnya minah ni..
ReplyDelete